Wanita, cukup-cukuplah dengan hanya jadi Muslimat (Islam pada nama shj). Tinggalkan sahaja era Muslimat. Era baru ni patut diambilalih oleh para Mukminat (bila sebut Mukminat, bererti dia Islam dan beriman serta beramal soleh).
Saya selusuri sebuah hadis yang menarik; Ibnu Kathir meriwayatkan dari al-Thabrani bahawasanya wanita-wanita Mukminat itu lebih afdhal (lebih baik) berbanding para bidadari syurga. Ummu Salamah bertanya, "Dengan amal apa hal ini mungkin terjadi?". Dijawab, "..dengan solat, puasa dan ibadah mereka kepada Allah.."
Hadis berkenaan juga mengupas berkenaan Mukminat dalam syurga dan di akhir hadis itu disebutkan:"....berbahagialah orang yang kami bersamanya dan dia bersama kami." (HR Al-Thabrani dlm Al-Kabir)
Ibrahnya(pengajarannya), belum tentu bahagia seandainya lelaki itu berjaya memiliki Muslimat, tapi sudah tentu bahagia bila berjaya mendapatkan Mukminat."
No comments:
Post a Comment